Friday, May 4, 2012

The Very First

may peace be upon u :)


esok :
1) exam final prac HISTO
2) meeting MT QDMEP tepat jam 7 malam

dan

masih dalam persediaan utk menghadapi exam esok !
masih belum tulis apa2 laporan yg aku kena bentang esok ! huu



sebagai ajk baru memang cuak gila..
yeah, apapun kena belajar dan berani menghadapi cabaran ni.
insyaAllah :)


first time esok, kena bentang laporan bendahari akhawat spjg sesi ni kat depan semua MT termasuk ajkt bpi ! huaaa. rasa cam nak lari ke ats sutuh dan jerit kuat-kuat. T.T
huuuu~



mar d
to start a long journey the only thing to do is 
to make the very first step forward.

Sunday, April 29, 2012

Moga Sahaja ...

Assalamualaikum wbt. :)




well, well , well
duduk senang lenang depan laptop 




ahaa.


blog-walking. cuba utk tak mengadili orang berdasarkan hasil tulisan mereka. mendapati ianya amatlah sukar.


mana tahu. entah-entah orang yang baca blog ni juga berfikiran begitu. lantas mengadili hasil coretan yang kadang-kadang merepek dan pelik. 


berdoa agar aku tak hipokrit
apa yang tercoret cuma buah fikiran, luahan perasaan atau pandangan spontan.


ingin diabdikan
atau hanya ingin dikongsi
antara terapi paling sesuai untuk saat tertentu
bersama teman setia papan kekunci Miss Acerius :)


merekod bersama masa.


moga sahaja Allah meredhai, moga sahaja aku tak lagha.


ayat-ayat cinta Allah


"nikmat Allah yg mana lagi ingin kamu dustakan" Surah Ar-rahman  ♥♥






mar d
part time blogger full time daie insyaAllah











Friday, April 27, 2012

Coret Pemerhati Dunia

Peace be upon u !


satu luahan

kalau orang yang percaya akan kebenaran
dia akan buat apa sahaja utk tegakkan kembali kebenaran dan tuntut haq-haqnya yang tak tertunai.

tapi kalau orang tuh orang yang zalim dan 
cuba memanipulasi keadaan 
dan sesuatu yang bukan haqnya demi kepentingan tertentu, kuasa atau harta

sudah tentu dia akan sentiasa berasa terancam. 
rasa tak aman dan sentiasa mencurigai orang lain.

sampai kalau orang pandang dia pun dia nak marah, nak sergah.

kalau orang buat apa-apa perbuatan harian dan normal, macam kumpul ramai-ramai pergi makan mi goreng mamak yang sah-sah seantero dunia datang nak makan sebab sedap gila ! pun dia nak rasa cuak dan terancam ! heh.

sentiasa ingat ada orang nak serang dia, jatuhkan dia pukul dia. well, kalau dah buat salah dgn orang memang akan bertindak macam tuh.

blame your own self lah brother !

huh, serendah mana pun taraf pendidikan seorang manusia tuh, aku yakin lah,  sebagai seorang manusia normal sah-sah la dia tahu amik haq orang tu salah !

yang mana tak semua orang sanggup akui hakikat ni. dan still percaya, bahawa dia boleh terlepas daripada diadili oleh kebenaran.
berlindung di sebalik topeng dunia.

ingatlah
di mahkamah Allah tiada siapa pun akan terlepas. 
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.


apa-apa pun kita pun perlu sama berusaha bela haq dan nasib kita.
kalau kita hidup miskin, usaha utk bebas dari kemiskinan. begitu caranya.
bukan berdiam diri dan hanya berserah.
usaha then, tawakkal.

bak kata senior jabatan motivasi biro akademik tempoh hari : tawakkal dlm exam itu hanya bila pengawas exam kutip kertas jawapan kita. saat di mana kita takde apa dah yang boleh kita lakukan.
sbelum pada tu kita yang kena usaha.



*peringatan untuk diri sendiri juga*

#takde kuliah harini, tolonglah makcik, study ! :P 

mar d
hanya ingin meluahkan apa yang terbuku 

Wednesday, April 25, 2012

Missing You Is Also A Gift :')

Assalamualaikum wbt.
Morning !

Menjengah muka buku dan senarai baca di blogger pepagi lagi.
Harini ramai kawan yang sambut hari lahir :)


send birthday wishes.  
then, read tia's blog updates.


come to realize that how much I miss my friends and family.
precious people that i love and appreciate so muc.


this feeling of 'missing u' honestly can make me sad and cry.
but guess what ?


if only you notice,


the feeling of 'missing u' actually makes you to always remember why you are here, what they really meant to you, to ensure that you will always pray for them, and wish them the best out of everything biidznIllah :)




so
don't you think that missing them is also a gift?  :)




Thank You Allah for always make me happy, and also for the hard time that make me see 
through this life with my heart and not only with my eyes.


Different continents
Its not a thing
Coz i know we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we’ll always be
For what may come
#Yuna- Memo


mar d  


uhibbukum fiLlah





Tuesday, April 24, 2012

Homesick - Nak balik !! T___T

tak matured betul.
oke
tak matured ?
ni cuma emosi terlebih.. haha
melimpah !


1- masih gagal mendapatkan tiket y aku rs berbaloi utk spend 4000 LE dgn kadar transit dan muatan kargo yg dtwrkan
sebab belum book tiket, bilamana org lain mostly dah tempah, menyebabkn tension, stress dan sbg.. arghh




2- percubaan pertama meng'kaya' kan hari-hari indah ku *sebab esok cuti so weekend jd 3hari,weehuuu*. 
okey,
sebenarnya try buat kaya tapi tak jadi sgt, manis tapi tak pekat. arghh. housemate cakap : klu first time jgn mengharapkan sangat, bila tak jadi camni la frust nya.. huuu



3- dan pelbagai tekanan jiwa dan raga. argh. hormone imbalance ke apa.








*tak penting pun semua nih,  sampai nak sedih-sedih. haha *

YANG PENTING FINAL EXAM SUDAH DEKAT

MARI BERSEDIA !!




Assalamualaikum wbt :)




+dengar red fm live kat internet.. heee, saya sgt rindu Malaysia :D


+jaga booth Malaysia on cultural day. sumpah penat. ramai gila org dtg n tanya macam-macam soalan. tapi memang best !


mar d
pening-pening-pening
@_@

Wednesday, April 18, 2012

Random # 2



mungkin sebab awak tahu awk sanguine dan dia melancholic tapi 
ini tak bermaksud semua org sedar realiti nih !

tak semua org sedar yang setiap personaliti org berbeza.


jangan expect semua org akan suka awk sebab
hakikatnya tak semua orang, awk suka. 
betul kan?


yeah manage the diversity and only then u can be happy :)




modified and quoted


STEP '12
drhar


peace be upon u 
mar d
exhausted & suffocated

Saturday, April 14, 2012

I'm Back !

peace be upon u !


tipikal tajuk penulis blog..
haha


oke
I'm back
saya sudah kembali


dari jaulah Alex
banyak pengajaran yang saya dapat dalam sehari tersebut


*ziarah maqam wali-wali Allah. Maqam Lukmaanul Hakim, Imam Busairi dan ramai lagi. Imam Busairi tu yang tulis burdah memuji Rasulullah. Mulianya beliau sehinggakan Rasulullah pernah dtg dlm mimpi beliau dan menghadiahkan serangkap burdah bagi membantu Imam Busairi menyiapkan hasil karangannya.




*belajar ttg konsep musafir yang sebenar-benar dituntut oleh islam.
Utk pengetahuan, musafir kalau tiada niat kerana Allah atau niat utk benda-benda yang baik hukumnya makruh.
Sedangkan kalau niat kerana Allah, ianya akan menjadi satu ibadah.
Jika kita niat musafir utk benda-benda maksiat seperti konsert dan sbgnya pula hukumnya haram.





Maka ambillah peluang utk beribadah melalui musafir. Berada di perantauan, banyak tempat bermanfaat boleh kita kunjungi lebih-lebih lagi di Mesir. Maqam wali-wali Allah tak terkira banyaknya.




*belajar untuk jadi lebih matang dengan seribu satu pengalaman di tempat asing bersama orang baru di sekeliling yang saya timba sepanjang kembara ini. 




*belajar mengurus organisasi.
Sebagai AJK makanan bagi jaulah ni, memang seronok mencuba benda-benda baru. Tak pernah-pernah jadi AJK makanan, mencabar !





*belajar utk mencari keyakinan diri didasari pergantungan pada Allah.
Bak kata ustaz yg jadi musyrif utk kami tempoh hari ;




" yakin itu nikmat yang lebih besar daripada nikmat sihat kerana apabila kita yakin, jika diuji dengan sakit pun kita tak akan rasa apa-apa sebab kita yakin dengan apa yang Allah kurniakan"


mengharap semoga Allah temukan dan tetapkan hati saya dengan keyakinan sebegitu




yang paling menerujakan
tak percaya akhirnya saya dah jejak Alex
wpun x cukup sebenarnya tempoh sehari, masih byk yang saya nak lakukan !


masih merindukan bayu masin laut :)




# ke Dumiyat insyaAllah beberapa hari lagi
#mesti bwk card reader / usb bila balik dr Mas ! HARUS
# Bband kmbali normal syukur ya Allah. sangat membantu.




mar d
mencari makna dan ibrah di sebalik debu bumi Kinanah