hari-hari kulalui
bagai kabut menutupi jendela
ruang kosong rasa terisi
padat menekan diri
menapak seseorang bergelar penimba
telaga ilmu
di celahan kota
lautan penduduk Mesir
debunya meninggalkan cemar
terkesan
di sanubari
hilangnya aku
bukan pada jasad insani
bukan jua pada nama
berbinti ayahanda
kucintai sepenuh jiwa
tapi
pada identiti batinnya
seketul daging
bernama hati
hitam putihnya
penentu baik
si empunya
hilangnya keyakinanku
yang dulu
menjadi sumbu
pelita kudrat
mengagah diri
berlari
tatkala kaki longlai
ingin berhenti
berdiri
tatkala jatuh dibadai
ombak cabaran
tiada selesai
ayuh
kembalikan keyakinanmu
bina tembok keteguhan
didasari pergantungan pada Tuhan
kerana Dia sebaik-baik Penolong
"Ya Fattah Ya 'Allim
Kau tunjukkan jalanmu
jalan-jalan kebaikan
dan kurniakan Hidayah & TaufiqMu"
cari penebus kegagalan lalu
berusaha semampumu
yakinlah bahawa
Allah akan bersamamu
memecut laju aku
kerana mahu apa yang terbaik untukku
'begin with the end of mind'
mar d
saya positif
mahu selamanya kekal positif insyaAllah
No comments:
Post a Comment