Assalamualaikum wbt :)
Aku selalu terfikir akan persoalan ini, tetapi tidak pernah menemui jawapan yang jelas.
Ini dipetik dari kalam Syeikh Habib. Beliau datang ke Kaherah dan mengadakan pengajian di masjid Azhar untuk beberapa hari.
Malam tadi kelasnya yang terakhir, dan aku hanya berkesempatan mengikutinya sekali cuma.
Ingin menatap muka keturunan Rasulullah. Kalau mahu tunggu peluang ke Yaman, entah bila lagi. Peluang sudah terhidang di depan mata. Masjid Azhar pun cuma 10 genih away dr Sayeda Zainab. Huhu.
Alhamdulillah sampai juga. Sangat ramai hadirin yang hadir. Lebih ramai berbanding kelas-kelas yang pernah ku ikuti sebelum ini.
Pelbagai bangsa dan pelbagai lapisan umur.
Kalau Makcik-makcik Arab tu siap bawak anak-anak lagi.
Ada beberapa muka junior sekolah tapi tak sempat tegur sebab takut terpisah dengan ahli beit. Susah pulak nanti. Nak rebut tempat lagi. Huhu.
"Penghalang untuk sampai kepada Allah adalah tidak berakhlak mulia,
dan penghalang untuk kita berperibadi mulia adalah tiada keinginan berbuat baik,
dan penghalang untuk berkeinginan baik adalah kelemahan iman,
dan punca lemahnya iman adalah ketiadaan bimbingan dan pengingat serta penasihat yang mengingatkan akan kehinaan dunia dan keagungan akhirat dan kekekalannya."
Sangat menikam jiwa.
Kalam Syeikh ini diterjemahkan oleh ustaz (tak igt nama) dan disebarkan di FB.
Al maklum je lah, masa pergi tu pun aku tak faham sangat syarahannnya.
Last2 tu pulak dah mula mengantuk. Huuu memanglaah.
Ni poin-poin lain yang turut diambil dari syarahan beliau di bawah tajuk Syarat dan Tahap Al Murid Menuju Allah:
>> 4 Hijab yang menghalang antara dirinya dengan Allah adalah:
1] Harta
2] Kedudukan, pangkat dan kemasyhuran
3] Taqlid buta dan fanatik
4] Maksiat
>>Kita perlu bersungguh-sungguh dalam bertaubat dan menjauhi dosa, barangsiapa yang tidak memperbaiki taubatnya dan bersungguh-sungguh, lalu ingin meneroka rahsia-rahsia agama Allah, umpama orang yang ingin mengetahui rahsia dan hikmah Al-Quran tanpa mengetahui bahasa arab.
Maka perlu untuk kita utamakan bahasa, baru meningkat kepada rahsia makna-makna, begitu juga dalam tazkiyah, kita perlu untuk perbaiki ilmu dan amalan syari'at, baru meningkat kepada rahsia-rahsia dan hikmahnya..
>>Setelah berjaya menebas 4 hijab tersebut, ia menjadi seperti seorang yang telah berwudhu' dan bersedia untuk solat, maka ia perlukan seseorang menjadi imamnya untuk diikuti, dialah guru pembimbing.
>>Sesiapa yang tiada guru yang membimbingnya maka syaitan akan membawanya ke jalan-jalannya yang keji..
>>Setelah mendapatkan syeikh, guru murobbi yang membimbingnya, ia perlu menguatkan perisai dirinya dengan melatih diri dengan 4 rukun riadhah(sukan/latihan) rohani:
1] Lapar(Kurangkan makan/makan sekadar keperluan)
2] Berjaga malam(kurangkan tidur, banyakkan ibadah)
3] Banyak berdiam diri(kurangkan perkara tiada faedah)
4] Al-Khalwah(Bersendiri dengan Allah/kurangkan berinteraksi dengan orang ramai)
*Begitu juga di alam maya FB dan Twitter kurangkanlah online dengan makhluk, screen, komputer, handphone dll, dan perbanyakkan 'online' dengan Allah.
-Kita biasakan diri dengan 4 perkara ini dan mengawalnya sekadar keperluan.
>>Setelah latihan tersebut, ia perlu mula bersuluk dengan menjaga akhlaknya serta menjauhi dan mengelakkan diri dari rintangan hawa nafsu dan kekejian hati.
>>Kemudian guru pembimbingnya akan menjadikannya melazimi zikrullah di dalam hati serta konsisten dengannya hingga walau lidahnya tidak bergerak, hatinya sentiasa berzikir sehingga zikir-zikir itu benar-benar teguh di dalam hatinya dan menguasai jiwa. Lalu jiwanya sentiasa bersama Allah.
Sepanjang ceramah beliau, kerapkali beliau menadah tangan berdoa, dan kami beramai-ramai turut mengaminkannya bersama.
Tidak jauh dihadapan ku berdiri seorang perempuan Arab muda sedang menyeka airmatanya. Tersentuh barangkali.
" Beruntungnya makcik ni. Mesti dia paham apa yang Syeikh doakan. Apalagi kata-kata beliau ", getus hati kecilku.
Sahabatku berkata, " Memangla hari-hari kita berdoa, tapi mesti beza kan darjat doa tu dengan doa para ulama' ".
Ku iyakan saja. Muhasabah diri sebentar.
Perjalanan pulang, teksi melintas dihadapan Bukit Mukhattam dan Qal'ah Salehuddin Al-Ayubi.
Laluan ini kurang sibuknya berbanding laluan pulang ke Sayeda Zainab melalui Babul Khalq.
Angin malam Kaherah menyapa pipi.
Dingin, walaupun soifi sudah menghampiri.
Suasana dalam teksi senyap sepanjang perjalanan pulang ke Sayeda Zainab.
Semua membisu melayan perasaan.
Aku lemparkan pandangan ke luar tingkap.
Merenung langit dan bintang.
Maha Suci Allah.
*Sudah lama tidak menghapdet blog
banyak yg nak ditulis tapi ... Exam Physiology written menjelang Sabtu ini. Doakan agar dapat jawab dengan baik !
mar d
menbilang hari

No comments:
Post a Comment