Thursday, April 10, 2014

Semalam

Hasbunallah wani'mal wakeel


from that very gate shown in the pic
the first building in the right is where I am during the chaos

masih meneruskan pembelajaran
kelas terakhir utk hari tersebut
terdengar bunyi kekecohan di luar dan bunyi tembakan 

beberapa pelajar yang kebetulan berada di luar dewan kami, berlari masuk
pakcik-pakcik maintainance dewan
pun turut sama masuk

 doktor ambil keputusan utk teruskan kelas
doktor cuba untuk kekal tenang
dan minta kami bertenang

Kelas lymphoid diteruskan

sepanjang satu jam
suara doktor menyampaikan syarahan
berselang seli dengan bunyi beberapa das tembakan dilepaskan
mata dah pedih akibat tear gas

semua orang cuak
tambah-tambah bila sedar
beberapa orang kawan tiada dalam kuliah 
kerana keluar untuk solat Zohor 
dan ada juga yang ke tandas
tambah cuak bila cuba dihubungi tak dapat-dapat

aku yang bru shaja tiba di kelas sejurus sebelum lecturer masuk
mmg cuak
kerana 10-20 minit sebelum kejadian
aku di luar dewan 
ke surau untuk solat
dan turun untuk membeli makanan di kafeteria
bagaimana jika saat itu aku tersangkut di kafeteria
menunggu pesanan siap
(sebab horus kadang-kadang sgt sesak dgn pelanggan)

selesai kelas
pakcik mintak kami semua balik segera
kami diarah keluar dr bangunan lecture hall melalui tangga belakang
mmdgkn tangga utama yg terletak betul-betul dihadapan pintu dewan, 
menghala ke arah jalan besar menuju gate 
dimana the chaos took place

we held hands
and walked as fast as we can
in meantime, we see
ada pelajar-pelajar cuba
lari ke arah gate
untuk lwn balik
mereka-mereka yang cuba serang pelajar

terhenti seketika
tergamam kami yang melihat
tidak pernah kami saksikan peristiwa seperti ini
dengan mata kepala sendiri

dan pakcik menjerit lagi
'Bi sur'ah ! '
Cepat !

Kami mempercepatkan langkah
keluar dari uni melalui gate depan
Kebanyakan pelajar dan kakitangan sudah berpusu-pusu keluar


Alhamdulillah Allah selamatkan semuanya
tiada pelindung bagi kami selain Allah
kepadaMU kami bertawakkal dan bergantung harap

*ada kwn-kwn di uni lain sudah lali dengan situasi sebegini
betapa Allah berikan ketabahan pada mereka
** terus berdoa untuk keamanan Mesir& keadilan untuk yang tertindas
*** seseorang berpesan kepada kami hari ini, perangilah perkara yang zalim
hatta dengan sekadar membenci dengan hati 
(kerana ianya tanda selemah-lemah iman, dan
 itulah garisan yang memisahkn golongan hak dan golongan batil)

mar d
tawakkal pada Allah






No comments:

Post a Comment