Saturday, December 6, 2014

TAMMAT FORTOX Bermulalah COMMED

Been busy for a while now.. Haha, I guess this blog has turned into a big spider web that entraps dust..Wuwuuu

Yeay Alhamdulillah one round has end, leaving me with 3 remaining rounds.
Commed comes next with urmm lots of factful texts and almost half day lectures non stop, but guess what ? Who cares. (I guess) This round only comes once in my lifetime. Making a wise choice ( to keep calm and study hard of course, and not to forget to enjoy the whole 2 months course ) is crucial before you ruined everything with that laziness and negative attitudes. Syiuh syiuh *keep those evil away*

Come on Mar d, cheer up! Just so you know He was there all along watching you from afar.
If the going get tough than just pray to him and ask for His guidance and to give you the strength to move on. He is The One who owns everything in this world. Allah shall know the best for you.
Have you ever notice that ? 




p/s : I just know that you can gain some sort of strength that you never thought you have inside you once you really need it. Just so I know, it was a gift from Allah.


mar d
I keep running and sometime fall from my tracks but sokay  I'll stand up and I'm in once again...everytime ..

Saturday, October 11, 2014

Fasa Klinkal Bermula


Bakal memulakan hidup sebagai pelajar clinical year esok.
First day of school kena lah datang awal dan bersiap siaga mental dan fizikal ye dak.

Sudah separuh perjalanan menuntut ilmu di bumi Mesir ini berlalu.
Kalau pandang kembali ke belakang, banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun plus minus hidup kat sini. 
Harapnya tahun pengajian yang berbaki dapat dilalui dengan mudah dan lancar insyaAllah.

Checklist :
-tetapkan goal untk tahun baru
-istiqamah dengan amal seharian
-jaga solat
-berusaha untuk perbaiki attitude





mumtaz tahun 4
mar d


Saturday, July 12, 2014

Pulang ke Malaysia

InsyaAllah akan berangkat pulang hari ini, ke Malaysia.
Wahhh, tak percaya rasanya..
I'll be home very soon.

Bakal menghabiskan baki separuh Ramadhan di Malaysia.
Semoga dapat memanfaatkan waktu Ramadhan yang tersisa
serta dipertemukan dengan Lailatul Qadar

Ameeen

Sunday, July 6, 2014

Final Exam Tahun 3 Berakhir !

Alhamdulillah syukur pada Illahi.
tamat sudah peperiksaan akhir tahun 3 med school.
Weeee~~

Kurang seminggu I'll be home.

Yellow. Coldplay.
When I listened to this song, I have specific memory bout it. A special moment I must say.



It reminds me of home.
I remember there's one time I'm home with my friends for special assignment during weekends. 
We ate dinner and this song played in the background.


and I think this is a meaningful song to me.
It has an ability to rekindle that feeling of 'walking down the memory lane' again.

Tonight we, the girls are going to ifthor together at Al-Imam.
Last meal together before each of us waiting for the day to fly home.
Another year may has end, but I hope I learnt something from these past years.
I hope to improve myself and reflect more on my acts and attitude.
Listen more to the things that surrounds me.

Yes, we might have not become the best, but it's crucial to become better.
Better than yesterday and become better than today in the future. Biizndnillah.





Fi hifzillah my friends. 
Selamat bermusafir. 
Minta doa banyak-banyak agar sama-sama dikurniakan kejayaan yang cemerlang dunia&akhirat insyaAllah.






mar d
I miss home

Sunday, June 29, 2014

First day of Ramadhan 2014.

Assalamualaikum wbt :)

Ahlan ya Ramadhannnn !!

Alhamdulillah nikmat yg begitu besar, Allah kurniakan kita peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini.

Peperiksaan akhir masih berbaki satu subjek, Parasitology. 
Sedang berusaha memahamkan segala macam arthropod, helminthes dan protozoa (mereka semua mahluk Allah jua) yang berkeliaran di atas muka bumi ini.

Study leave utk Parasit cuma 4 hari. Begitu singkat, jadi nak taknak mesti recharge balik semangat yang dah kendur dek pertarungan yang begitu panjang.

Yosh, usaha gigih. Ilmu tahun 3 ni perlu digenggam kuat-kuat. Tambah-tambah ni tahun last pre-clinical. 
All out. Okeh ?

In 2 weeks or so I'll be flying home.
Wow. Can't wait.
Should make my to-do list for summer break.

I really miss them.

mar d
rajin dan qawiy

Thursday, May 15, 2014

Tetaplah Bekerja Keras

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah syukur. 
Tamat lah sudah practical exams (except for Pharma sbb gabung dgn written)
Perasaan ?
Hmm, gembira dan lega.
Pract Patho antara yang berat dipikul, huhuk
Subject major la katakan.



Dengan berakhirnya exam Patho tadi,
bermulalah study weeks yang panjang,
sebelum berperang di medan peperiksaan untuk paper written pulak.

Rasa macam cepat je masa berlalu, tup tup dah nak habis tahun 3.
Next year insyaAllah masuk clinical years pulak.
Lagilah banyak benda alah nak fikir, nak tumpu, nak cater.

Cepatnya umur berlalu sehari-hari. Apa lah amalan yang nak dibawa nanti.
Klu syurga yang di-idamkan, apa pula usaha yg dibuat utk mendapatkannya ? :)
*kenyit mata tanya diri sendri, lulz*


Seperti yang Allah sebut dalam Al-Quran surah As-Syahr 94:7

"Maka apabila engkau telah selesai  dari satu urusan, maka tetaplah bekerja keras dalam urusan yang lain pula. "


Chaiyok semua! :) Semoga semua urusan kita menuntut ilmu ini menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

Dengan menuntut ilmu, maka bertambahlah iman hendaknya.

Bittaufiq wannajah !

*membilang hari untuk pulang ke 1828.
**tak sabar nak dapatkan Rockestra. Arghh, my wishlist for books sudah berjela.

mar d
itqan






Thursday, April 10, 2014

Semalam

Hasbunallah wani'mal wakeel


from that very gate shown in the pic
the first building in the right is where I am during the chaos

masih meneruskan pembelajaran
kelas terakhir utk hari tersebut
terdengar bunyi kekecohan di luar dan bunyi tembakan 

beberapa pelajar yang kebetulan berada di luar dewan kami, berlari masuk
pakcik-pakcik maintainance dewan
pun turut sama masuk

 doktor ambil keputusan utk teruskan kelas
doktor cuba untuk kekal tenang
dan minta kami bertenang

Kelas lymphoid diteruskan

sepanjang satu jam
suara doktor menyampaikan syarahan
berselang seli dengan bunyi beberapa das tembakan dilepaskan
mata dah pedih akibat tear gas

semua orang cuak
tambah-tambah bila sedar
beberapa orang kawan tiada dalam kuliah 
kerana keluar untuk solat Zohor 
dan ada juga yang ke tandas
tambah cuak bila cuba dihubungi tak dapat-dapat

aku yang bru shaja tiba di kelas sejurus sebelum lecturer masuk
mmg cuak
kerana 10-20 minit sebelum kejadian
aku di luar dewan 
ke surau untuk solat
dan turun untuk membeli makanan di kafeteria
bagaimana jika saat itu aku tersangkut di kafeteria
menunggu pesanan siap
(sebab horus kadang-kadang sgt sesak dgn pelanggan)

selesai kelas
pakcik mintak kami semua balik segera
kami diarah keluar dr bangunan lecture hall melalui tangga belakang
mmdgkn tangga utama yg terletak betul-betul dihadapan pintu dewan, 
menghala ke arah jalan besar menuju gate 
dimana the chaos took place

we held hands
and walked as fast as we can
in meantime, we see
ada pelajar-pelajar cuba
lari ke arah gate
untuk lwn balik
mereka-mereka yang cuba serang pelajar

terhenti seketika
tergamam kami yang melihat
tidak pernah kami saksikan peristiwa seperti ini
dengan mata kepala sendiri

dan pakcik menjerit lagi
'Bi sur'ah ! '
Cepat !

Kami mempercepatkan langkah
keluar dari uni melalui gate depan
Kebanyakan pelajar dan kakitangan sudah berpusu-pusu keluar


Alhamdulillah Allah selamatkan semuanya
tiada pelindung bagi kami selain Allah
kepadaMU kami bertawakkal dan bergantung harap

*ada kwn-kwn di uni lain sudah lali dengan situasi sebegini
betapa Allah berikan ketabahan pada mereka
** terus berdoa untuk keamanan Mesir& keadilan untuk yang tertindas
*** seseorang berpesan kepada kami hari ini, perangilah perkara yang zalim
hatta dengan sekadar membenci dengan hati 
(kerana ianya tanda selemah-lemah iman, dan
 itulah garisan yang memisahkn golongan hak dan golongan batil)

mar d
tawakkal pada Allah