Thursday, March 29, 2012

Ayuh Bersiap-siaga!

Assalamualaikum wbt.
Apa cerita? Haha banyak ceritanya :p

Lama gila tak update belog ini.. Cik belog jangan bersawang ye :p hihi

Ni nak cerita
Malam semalam Alhamdulillah berpeluang mendengar talk yg disampaikan tetamu khas dr Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre dan sahabatnya seorg engineer petronas (nama Ir Khairul Nizam kot, xigt serius)

Tajuk: Dakwah Golongan Professional Di Malaysia

diorg byk share macam mana golongan professional mulakan lgkh dakwah di Malaysia.
Cabang-cabang atau jalan-jalan yang telah dakwah yang telah dibuka oleh golongan professional kini di Malaysia.

banyak yang diorang share dan kata-kata diorg mmg mantap.


antaranya:

@Nak buat pahala nak menyumbang pada Islam bukan perlu tunggu jadi jutawan, cuma kena bagi all-out spirit kita dan bagi apa yang kita mampu(harta) sebab insyaAllah semua usaha kita akan dikira oleh Allah.


@Doktor antara dai'e yang mudah menjalankan dakwah sebab mad'u dtg kpdnya, bukan dia yg kena cari mad'u.
Tambahan pula mad'u dtg kpdnya dgn ego yang lebih rendah, dan kebanyakan patient dgr cakap doktor so mmg sudah terbuka jalan dakwah yg lebih mudah.
Namun doktor juga harus berhadapan dengan doktor-doktor dan kakitgn hosp yg lain dan berdakwah kepada mereka yg nyata terdiri dr golongan yg pelbagai. (tarik nafas pjg disitu !)


@ Kena kuatkan pergantungan pada Allah sebab manusia ni lemah, so bila bergantung pada yang Maha Kuat, InsyaAllah kita pun akan jadi kuat.


@Nak jalankan dakwah atau bekerja utk Islam ni adalah pelaburan utk kehidupan akhirat, kehidupan selepas mati.
Orang yg bijak adalah org yang melabur utk kehidupan selepas mati.


@Masa yang kita ada waktu belajar mesti gunakan 100% utk persediaan membina kekuatan diri, menuntut ilmu pengetahuan demi menghadapi masa bekerja kelak utk serve ummah.
Sebab masa kita ketika bekerja kelak bukan haq kita tapi haq majikan. (time kat office -lah)


@Kalau sudah berumah tangga kelak, jangan sibukkan diri dengan hal dunia shj, kejar harta dan pgkat. Jangan lupa berbakti kepada ibubapa.
Tapi lapangkanlah masa malam (lepas waktu kerja) utk keluar beribadah kepada masyarakat. Kepada muslimah, biarkan muslimin keluar utk berdakwah. Jangan sekat mereka.


@ Bagi muslimat jugak (ni nasihat special Ir tuh)
pastikan pandai repair kereta sikit2, tengok minyak hitam, tukar tayar apa bagai
pandai drive
pandai bayar bil pakai maybank2u suami
 (wahhhh.. terkedu aku semua pun ak tak pandai)
dia kata sebab nak memudahkan sikit kerja suami di kemudian hari. :p


@Yg paling penting dlm berdakwah adalah akhlak yang baik. Klu kita sentiasa tunjuk imej islam sebnar dan berjaya tampilkan ciri doktor yg berfikrah islam, moga shj org yang melihat tertarik kpd islam.

@mengapa perlu terjun ke dalam masyarakat? kerana masyarakat Islam sekarang ramai yang ignorant, buat tak peduli isu Islam. Maka perlulah wujud dan dilahirkan golongan yang peduli cakna hal ummah. Masyarakat semakin kronik dan perlu diubati utk kembali menegakkan Islam!

@Develop skill komunikasi yang bagus dari sekarang! Amat berguna dalam berdakwah dan karier kelak.




Maka bangunlah para dua't! Ayuh siap siaga. Persiapkan mental dan fizikal demi menghadapi masa hadapan.
Harus bina kekuatan dari sekarang. Tak mahu jadi fragile. Ketabahan dan hati yang kuat itu yang saya mahu.
Ya Allah bimbinglah aku.


# ke Mohandisen makan kat restoran beriyani yaHalla :) saya makan bukhari dajaj hehe
   kedai best, harga standard mampulah makan. hehe

# nak buat kek coklat utk rehlah iadah quran di Hadiqah Azhar esok, tapi telur habis, huhu...harap-harap dpt kirim kat sape2 malam nih :(

#skype ngan biha lama gila, wah kena kasi motivation sikit, kasi upgrade..hehe. early planning are important. don't cha think :pp

#exam menjelang. hosh. harus plan lebih awl revision. highlightkan dan solve sebarang tajuk bermasalah!

nak balik summer!

mar d
9.30 malam
side S
sc U berkampung
nak kekkk :3

No comments:

Post a Comment