Monday, March 19, 2012

Demam Itu Ujian ^^

Assalamualaikum. wbt
Alhamdulillah masih mengecap nikmat iman & islam.


Sudah beberapa hari demam, badan panas, runny nose dan kepala pusing.
Tapi harini macam kemuncaknya pulak.
 Pagi-pagi dah buat running man berkejar ke uni, gara-gara menggoreng cucur badak. Pulak tu bangun pun dah terlambat.


Masa praktikal anatomy pulak x dapat tgok dgn jelas. Kepala dah pening-pening. Memang sabar jelah.

Lepas tu pergi surau uni dudk terlepek, tak larat.

Tapi time makan-makan kueh malaysia kat taman uni tetiba bertenaga.... haha. Sebenarnya banyak sangat kuih yang sedap-sedap. Kecur air liur.

Lepas tuh pening balik. Time SC pulak menggigil kesejukan. Harini angin kencang + sejuk gila.
Badan memang rasa panas sejuk panas sejuk. Huhuu.

Time kelas English, masuk-masuk tuh terus letak kepala ats meja. Terus tidur. Sejam kelas ,Sejam tidur.
Penangan demam selesema + ubat selesema yg aku telan pagi-pagi buta.
Lepas sejam tidur rasa baik sikit.

Balik baring. Teringin nak makan sup sayur panas, bangun masak jugak.
Alhamdulillah seronok dapat makan sup sayur. Lega sikit tekak rasa.

Huargh, betul-betul tak larat. Nak sakhonah. Nak mandi. Nak telan ubat dan tidur sahaja.
Demam kat perantauan macam ini lah.

Huhu. Apapun, sakit tu ujian tanda Allah nak dengar kita memohon dan meminta padanya. Tanda Allah masih sayang kan kita. Sakit jugakan penghapus dosa. InsyaAllah :)

Rindu rumah, mak ayah, semua orangggg~~



# Sc tadi best. First time kak Tiqah join SC. Bincang pasal hadis ttg Rasulullah menyuruh kita tinggalkan larangan dan laksanakan perintah Allah. Konklusi: Islam mudah dan memudahkan. Jadi Hamba yang taat pada Allah. Next week pergi makan beriyani kat Mohandisen InsyaAllah! wihuu

# Cucur badak habis. Nmpknya boleh buat lagi :p

# Tatau larat tak nak pergi Zagaziq ber -PSD.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan hati dan kesembuhan :))
peace be upon u. nite!!


mar d
lepas dinner sup sayur :D
masih panas sejuk- panas sejuk :(

No comments:

Post a Comment