Wednesday, February 29, 2012

M.Y.E.R.

Assalamualaikum.wbt.
 wahh~

Berita sensasi. Hehe. Mid Year Exam Result dah pun keluar. Wahaha. Saspen disitu.


Yeah, result dah pun diupload ke dlm web uni. Alhamdulillah, result okey. Wbgaimanapun, ramai jugaklah yang lebih bagus.


Markah mostly sederhana tapi rs bersyukur sgt sbb Allah bagi petunjuk untuk baiki ruang yang ada.
Sesetengah subjek mgkin dah stabil, tapi masih ada ruang utk dibaiki dan di-islah. Alhamdulillah.
Hehe.
Komen? Er. No komen komen. Wahahaha.



Anatomy:
Masih boleh dibaiki. Tahap sederhana. Anat subjek major so amatlah penting untuk diberi perhatian.
Perlu byk hafalan dan latihan. Rsnya byk kecundang kat soalan essay, so kena buat latihan essay banyak-banyak. Spotting pun kena lebih tumpu. Kasi fullmark.


Physiology:
Sederhana. Mungkin sebab pemahaman masih belum 100 %. Baca dgn lebih tumpuan. Tumpu topik2 kritikal.
Latihan!
#ramai yang skor physio, anda bila lagi?




Biochemistry:
Bagus! Only 2.5 marks missed. Wpun ramai jugak yg dpt tinggi drpd ni tapi still sgt bersyukur. Keep it up. Tumpukan topik2 sem dua pulak. Jangan lupa topik-topik sem 1!


Histology:
Wargh. Markah macam kurang cantik je. Huhu. Walaupun histology senang tapi tetap perlu penumpuan. Masih teringat waktu jawab histo haritu mmg rasa tak perform sgt sbb soalan banyak tanya details yang tak diberi tumpuan time revision. Huhu. So, dah nampak kan kat mana kurangnya. Yosh! Usaha ke arah histo yang super-cemerlang!
Rajin-rajinkan baca histology. Buat latihan! Jangan malas lukis rajah dalam buku praktikal.
Tumpukan perhatian dalam kelas!!




Apa-apa pun :-

# tumpukan perhatian dalam kelas
# bykkan review dan praktiskan pembacaan secara aktif = means baca, faham konsep, memorable notes, buat latihan!
# urus masa dengan bijak
# plan beberapa bulan yang berbaki sblum final utk revision latihan dan sbg. plan betul-betul serius.
# banyakkan berdoa pada Allah. Tingkatkan ibadah sunat (solat malam, mengaji, puasa sunat)
# betul-betul fokus! jangan hilang arah. stick with your timetable.
# mengulang. cuba mngulang dgn lebih banyak sem ini.
inshaAllah :)



Ya Allah permudahkanlah urusan ku. Ameen, ya rahman ya rahim.
Kau berikanlah kekuatan untuk aku teruskan perjungan di bumi anbiya ini.
Perjuangan menuntut ilmu-Mu hanya keranaMu ya Rabb.
Berikan aku kekuatan menghadapi segala yang mendatang dalam hidupku.
Sesungguhnya hidupku matiku keranaMu ya Allah.
Ameen.

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, 
dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat
nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya
dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu 
lebih baik baginya." 
(Hadis riwayat Muslim)
 


mar d
jam 6.30 ptg
kesejukan di tepi jendela.
suhu 13 darjah Celcius.

Friday, February 24, 2012

The Big Move!

Peace be upon u :)

Petang!!!
hehe

harini 24 Feb...tinggal beberapa hari shj sebelum kami pindah keluar dari Sillim Sittah @ rumah Kenzo. :p
*biasa klu org tnya rumah katmana kitorg ckp dekat KENZO. Kenzo tu nama kedai depan imarah kitorg.
sebenarnya kedai tu tak femes apatah lagi menarik..
haha,dahla selalu tutup..tapi signboard dia tulis KENZo dgn besarnya, so senang la nak cari..heeee~


Setelah beberapa rumah kami pergi tengok tapi akhirnya terlepas ke tgn Arab. Huh, sgt menguji kesabaran, akhirnya kami bertemu dengan sebuah rumah tingkat 2 yg sgtla besar Alhamdulillah.

Tuan rumah : baik, dan sgt ceria, satu bgunan 7 ting tu dia yg punya, rumah dia ting 1

Environment: Hmm..agak best. Dekat ngan pasar & markaz. Depan ad pusat Tahfiz. Jarak dgn uni standard kot  atau dekat sikit ;)

Lain-lain: Ad bawab, pintu imarah dikunci selalu, rumah baru, lantai marmar, super-besar!


Kami akan pindah masuk sebelum Feb berakhir. Yahh, penghijrahan yang harapnya bawa lebih kebaikan. :)
Wpun masih tak mampu beli perabot secara lengkap dlam waktu terdekat, tapi harap dapat bertahan sampai elaun masuk iA.

Banyak yg perlu diselesaikan dalam SEMINGGU!
Masih dalam proses merancang pemindahan barang2. Wahh. Neves disitu. :pp

Semoga segalanya berjalan lancar, Ameen :))


# Semangat pindah. Wah. tapi lagi semangat klu elaun masuk. hehe


# Kempen jimat cermat masih diteruskan. Mungkin tak topup bband awl bulan nanti. Wahhh~


# ke Hadiqah Azhar buat kali pertama. QD di taman. heeee. Taman yg sgt besarrrr dan cantik. Harap 
   boleh datang lagi akan datang insyaAllah ;)


# Akan merindui Taa'miyah Sedap dan Kedai Davidd Villa. Huaa~~



mar d
jam 4 setengah
kalendar pen dan kertas

Monday, February 20, 2012

Pertama Kali vs Sekali Lagi ;)

Assalamualaikum wbt.
good late evening :pp

Alhamdulillah hari ni kali kedua jejak kaki di masjid Al-Azhar.
Pertama kali time jaulah melawat tempat menarik di Kaherah, masa minggu suai kenal mesir (AHLAN)...hehe
Kali ni hadir ke masjid Azhar utk ikuti kuliah (buat pertama kalinya) tentang  fiqh imam Syafie yg disampaikan oleh Ustaz Azam org Malaysia.
Bertuahkan?
Empat orang ustaz terpilih Malaysia telah diamanahkan dan diberi kepercayaan oleh syeikh utk mengajar di Masjid Azhar. Syukur Alhamdulillah.
Ini mmg satu penghargaan buat anak Malaysia.
Sekurang-kurangnya, pelajar Malaysia yg nak ikut kuliah fiqh@sirah@hadis kat masjid Azhar tapi tak pandai Arab (Eh,saya la tu :p) ada alternatif baru.
Sebabnya, ustaz-ustaz akan diskusi kitab-kitab masyhur pilihan dengan menggunakan bahasa pengantaraan Bahasa Melayu.. :) Seronok kan?

Memang kagum habis la, Subhanallah.
Sebelum kuliah ustaz Azam bermula, sempat jugak mnyelit satu kuliah Syeikh dari Azhar. Kuliah Hadis tak salah. Kitab yg dikupas adalah Sahih Bukhari kalau tak silap ;)
Memang budak Malaysia ramai yg datang. Pelajar Dirasat ada, Perubatan pun ada.

Semoga semangat mencari ilmu itu sentiasa membara.
Ilmu itu dapat menjadi benteng berguna buat insan dalam kehidupan.
Muslim berilmu itulah aset utama ummah zaman ini.

(Huh,sebabnya kadang-kadang ada juga rasa malas mengetuk-ngetuk jiwa ni. Haruuu~)


dan........

sekali lagi kelas English batal, sebab pensyarah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Huargh, kadang2 stress juga tinggal kat bndr yg sibuk macam Kaherah ni..
Mungkin sebab kalau kat Terengganu mana sesak sangat. Haha. Sabar ye sabar  :))
Apa-apa pun ada hikmahnya.
Buku English sem 2 belum dibeli sebab belum sampai stok kat kedai buku uni.
Hehe
Dan dapat jugaklah lepak-lepak kat library feveret I tu. Muahahaaa~

#sudah lama x meng-update blog, busy. Hoshh.
# nak beli tiket balik tapi belum masuk elaun. Huaaa.
#ingin fokus sem dua tapi ada je masa-masa 'tergelincir dari landasan'. Yosh! Usaha mesti lebih!

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Permudahkanlah urusanku.

good late night,people!



jam 12.12 malam
ruangtamu






Monday, February 13, 2012

Cardio :)) dan Penantian :((

May peace be upon you
and good evening ! :)


Alhamdulillah hrni sambung belajar cardio setelah sekian lama meninggalkan kuliah (study week,exam,WINTERBREAK :p).
haha..miss the topic and the lecturer too.
Kemajuan yg bagus!Thumbs up! hehe
kerana hrni tidak menyaksikan saat2 mengantuk yang serius dasyat..hehe


cardio berjalan lancar dan Alhamdulillah faham apa yg doc sampaikan.
Semoga ilmu ini dapat dijaga sebaiknya :)
seperti biasa kelas cardio sangatlah menarik,
bukan kerana topiknya (well,bukan secara total *bluwekk)
hehe
tapi sebab suara doc yang lantang,jokes yang kelakar dan cara doc kawal kelas kami..hehe
doc siap puji kelas kami byk pahala sedeqah sbb kitorg semua asyik senyum.
heee~~ terbang ke awangan (tiba-tiba)


walaubagaimanapun...

.......................


agak kecewa sebab sekali lagi kelas English batal di saat akhir..huuuh
setelah menanti selama hampir 3 jam..


huhu,nasib baik sempat ke perpustakaan dan dapat hidayah utk review cardio
plus siap buat pengambaran lagi hah kat perpustakaan..
bukan apa tapi old library tu memang nampak grand habis,
ala2 perpustakaan dalam movie Harry Potter!
(new library belum pernah jejak,mungkin lagi moden kot)
jadi tak payahlah buat review lagi dah malam ni :pp
*sheeshh,dasar pemalas*

apa-apa pun,menuntut ilmu itu perlu kepada niat yang betul, kesabaran yang tinggi, dan usaha yang gigih!
jadi apa lagi,
jom buka sem baru dengan semangat baru,lebih gigih,lebih cemerlang!!

Ya Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat :)

selamat malam!

*nak pergi bengkel penulisan di markas tapi tak kesampaian.Takde rezeki.Tetamu penulis dari Malaysia :((

mar d
kat meja studi
bwh cahaya lampu kalimantang ;)



Sunday, February 12, 2012

dear dad, we love you!

Assalamualaikum wbt :)
good evening,people!

haha,ingin bercerita psl satu pkr menarik di kuliah hrnii.
lecturer respi* Dr.Nadia ajar bab hemoglobin.
Hemoglobin ada 4 heme utk molekul oxygen,
dan utk melepaskan setiap satu molekul sgtlah susah.
Namun apabila satu molekul bjaya dilepaskan...
proses utk melepaskan molekul seterusnya akan menjadi semakin mudah..
*respi: respiration


Dr.Nadia pun bagi satu analogi menarik tentang hemoglobin.

Analogi tentang seorang ayah yang mempunyai 4 anak perempuan..
she said: (lebih kurg cmnilah)
"for example a father who have 4 daughters"
"from the time they were still small"
"then they go to school, then to the university, growing up"
"and one day, a man comes and says that he wanna marry the biggest daughter"
"but the father says no, she is still young"
"however after sometimes, a few men have come to ask his daughter for marriage, and finally he accepts and let his biggest daughter to marry"
"then,when another man asks to marry the second daughter..after a while..he accepts it"
"then comes the turn of the third daughter, he easily accepts it"
"and then finally  for the fourth daughter he says ,(anyone take her!somebody marry her!) 
*in a joking manner :p*

the whole class laughed to the analogy that she gave...


analogi tu mmg agak kelakar...tapi ada satu kebenaran yg mmg sah.
susah utk parents @ ayah @ emak  utk lepaskan anak perempuan kpd org lain utk dipertanggungjawabkan.
huu, wpun sy xde pengalaman..heh

*tunggu yang atas2 dulu,hahahaha*

tapi ni yg sy dgr dari kebanyakan org..
so,yeah mmg sumber agak lemau di situ *jelir lidah*

dan utk bapa/ayah/papa/abi/etc:
post ini dedikasi utk anda!

dear dad, WE LOVE U!
we will try to do our best in everything!
just stay healthy and stay happy!pray for us!


# xde apa2 sangat pun utk di up date ..heee~
# hari kedua kuliah di sem baru, lecturer tanya ap perasaan bukak cuti? sy cakap dengan penuh yakin          
   'FRESH!' haha...tatau la ap psl jwb mcmtu...kwn sebelah cakap,"fresh?, kita tgoklah nanti"
   (haha,tgok siapa mengantuk dulu *jelir lidah lagi*)
# nak blah buat review & preview ;)
   berharap cardiology xkan jadi terlalu susah. *huuuh* yaAllah permudahkanlah segalanya :))
# cuba utk menjimatkan baki elaun yg ad..haha..masa utk kempen jimat-cermat sedunia. LOL.
   berharap elaun akan masuk secepat mungkin iA, kesian dah ramai yg sampai tahap kritikal.. :(

good night!sleep tight!



mar d
jam 8 lepas dinner
bersandar di kerusi
ruang tamu

Saturday, February 11, 2012

merangkak-rangkak & terkulat-kulat

ini pos pendek
huarghh,,,
maseh bru berkenal-kenalan dgn blog ni haa..
tekan sana tekan sini..hah semua tak kena. :(


#kena belajar banyak lagi,huh

hari pertama sem baru : >best>brsmgt>rindu kasr al-ainy
all the best people!!