Saturday, February 22, 2014

Wedding ?

Biggest news of the day.
Today one of my jr get married.

Of course she's the first one to get married in her batch.
Just like E. Breaking a record is never easy I guess. 
Haha.
Still think that its weird, but helloo ~
(shouting to myself)
The world do spin around that fast !

My holiday extends for another 2 weeks.
Now.
Gotta plan.
Ganbatte kudasai.
:1


mar d
grow up



Monday, February 3, 2014

Kembali dari Jaulah Andalusia :)

I'm back !

Alhamdulillah selamat kembali ke Kaherah.

Selamat mendarat di Cairo in ternational Airport jam 7 lebih, selepas percubaan kapten untuk mendarat pada kali pertama gagal dek angin kencang. 
Fuhh, cuak juga. There's always a first time for everything. 

Kepala masih pusing- pusing. Still, rasa huyung hayang. Efek dari perjalanan panjang menaiki bas hampir setiap hari sepanjang trip. 
Tambah pula, kapal terbang semalam pun asyik'turn around' sebelum mendarat, tinggi rendah tinggi rendah.
Arghh, feel sick already.



Alhamdulillah bersyukur dapat sertai trip yang 'awesome' tahun ni.
(27 Jan-2 Feb)

'Fusion trip', kolobrasi professional pertama Thaqafiah Group yang mempromosi pelancongan berpengisian dan Kelana Convoy yang merupakan pakar pelancongan Eropah.

Kronologi sejarah empayar Umayyah kedua yang bertapak di Sepanyol benar-benar menyedarkan diri ini tentang betapa perit orang Islam terdahulu mempertahankan agama suci ini.
Malaga-Gibraltar-Cordoba-Granada-Sevilla.

Betapa sejarah menjadi saksi, kebijaksanaan seorang pemimpin, kesilapan seorang yang lain, peperangan demi peperangan, kegemilangan dan kejatuhan.

Empayar mereka bertahan hampir 900 tahun lamanya.
Sungguh kagum dengan kekuatan mereka mempertahankan empayar Umayyah kedua yang berpusat di bumi Andalusia,
sedang di Timur sana, empayar Abbasiyyah yang dahulunya menjatuhkan Umayyah pertama, 
sudah berganti dengan Turki Uthmaniyyah.
But still, Umayyah stand proudly in the other side of the world.

Sayu bila teringat bagaimana kunci kota Granada, pusat terakhir Umayyah diserahkan kepada orang Kristian.

Ada yang menyebut terdapat sebahagian umat Islam mengamalkan Islam secara rahsia hampir 200 tahun di Granada selepas Sepanyol dikuasai Kristian.

Hakikat yang perit untuk ditelan, 
kejatuhan Umayyah bukanlah disebabkan kekuatan musuh, 
tetapi kelemahan dan kesilapan yang dilakukan umat Islam sendiri.


Bukan sejarah semata yang dibincangkan sepanjang trip.

Sesi pengisian ilmu iaitu syarahan kitab Bidayatul Hidayah oleh ustaz Nazrul dijalankan sepanjang trip di mana sahaja yang dirasakan sesuai.

Adakalanya di dalam bas dalam perjalanan pergi dan pulang ke destinasi harian, 
juga di bawah pohonan limau di Cordoba, 
di tepian pantai Marbella, di dalam taman Plaza Espana, 
di masjid Gibraltar, 
di sudut ruangan transit Lapangan Terbang Charles de Gaulle, 
tak lupa juga setiap malam di Villa Costanza.

Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali bagaikan berbicara dengan diri ini, memberi panduan bagaimana untuk memperoleh hidayah. 
Membimbing diri dengan amalan dan adab-adab harian. 

Kitab yang kecil tapi begitu besar manfaatnya buat setiap yang membaca dan beramal dengannya.

Sehnggakan ada sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz, seorang pelajar mengadu kepada syeikh tentang pelbagai masalah dalam kehidupan beliau, 
lalu syeikh tersebut berkata 
ambil kitab Bidayatul Hidayah dan jangan mengadu kepadaku tentang masalah kamu sehingga kamu beramal sepenuhnya dengan kitab ini. 

Ini jelas menunujukkan betapa kitab Bidayatul Hidayah mengajarkan perkara paling asas dalam kehidupan. 



Sangat berterima kasih kepada semua ahli trip, Ust Azrul, Ust Nazrul & famili kecil, 
tour manager Abu Jibrail, the awesome cook Abu Fadzil, 
apartment-mates (K. Ainin, K.Aina, K.Nadhirah, Uswah, Syurrun), 
K. Iqin dan semua peserta dari pelbagai muhafazah. 
May Allah bless them wherever they are.



Andalusia dirindui.
Mengutip semangat ilmuwan Islam yang hidup di zaman kegemilangan ilmu tersebut,
bermujahadah menimba ilmu pengetahuan demi menjadi orang yang bermanfaat kepada Islam.

#3 Jan 14

mar d
looking forward for more golden experiences
May Allah bless 




Now playing : Musafir Kelana by Nada Murni