Saturday, March 31, 2012

A Plain Saturday

Assalamualaikum wbt..
it's a plain saturday
a lot of things were cancelled
warghh..
heart breaking..
but yeahh
I'm chilling at home..
with a cup of tea + the best makrunah firakh ever :)
for lunch

well, I bump into this sad song..
which I found very melodious and heart-touching at the same time
(random adjectives..hoshh :P)

please listen
abaikan kekorean bahasa lagu ini..haha
dan abaikan gambar hero heroin drama korea ni..
its not that interesting after all :P




# test Histo yg spatutnya hrni tunda sabtu depan
# plan nak Follow diorg ke Mohandessen shopping-makan-shopping berubah 360 degree (cannot make up my mind)

a lot of work are waiting Mardhiah!

mar d
never a problem-free person
super wise time-waster
gotta change!


Thursday, March 29, 2012

Ayuh Bersiap-siaga!

Assalamualaikum wbt.
Apa cerita? Haha banyak ceritanya :p

Lama gila tak update belog ini.. Cik belog jangan bersawang ye :p hihi

Ni nak cerita
Malam semalam Alhamdulillah berpeluang mendengar talk yg disampaikan tetamu khas dr Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre dan sahabatnya seorg engineer petronas (nama Ir Khairul Nizam kot, xigt serius)

Tajuk: Dakwah Golongan Professional Di Malaysia

diorg byk share macam mana golongan professional mulakan lgkh dakwah di Malaysia.
Cabang-cabang atau jalan-jalan yang telah dakwah yang telah dibuka oleh golongan professional kini di Malaysia.

banyak yang diorang share dan kata-kata diorg mmg mantap.


antaranya:

@Nak buat pahala nak menyumbang pada Islam bukan perlu tunggu jadi jutawan, cuma kena bagi all-out spirit kita dan bagi apa yang kita mampu(harta) sebab insyaAllah semua usaha kita akan dikira oleh Allah.


@Doktor antara dai'e yang mudah menjalankan dakwah sebab mad'u dtg kpdnya, bukan dia yg kena cari mad'u.
Tambahan pula mad'u dtg kpdnya dgn ego yang lebih rendah, dan kebanyakan patient dgr cakap doktor so mmg sudah terbuka jalan dakwah yg lebih mudah.
Namun doktor juga harus berhadapan dengan doktor-doktor dan kakitgn hosp yg lain dan berdakwah kepada mereka yg nyata terdiri dr golongan yg pelbagai. (tarik nafas pjg disitu !)


@ Kena kuatkan pergantungan pada Allah sebab manusia ni lemah, so bila bergantung pada yang Maha Kuat, InsyaAllah kita pun akan jadi kuat.


@Nak jalankan dakwah atau bekerja utk Islam ni adalah pelaburan utk kehidupan akhirat, kehidupan selepas mati.
Orang yg bijak adalah org yang melabur utk kehidupan selepas mati.


@Masa yang kita ada waktu belajar mesti gunakan 100% utk persediaan membina kekuatan diri, menuntut ilmu pengetahuan demi menghadapi masa bekerja kelak utk serve ummah.
Sebab masa kita ketika bekerja kelak bukan haq kita tapi haq majikan. (time kat office -lah)


@Kalau sudah berumah tangga kelak, jangan sibukkan diri dengan hal dunia shj, kejar harta dan pgkat. Jangan lupa berbakti kepada ibubapa.
Tapi lapangkanlah masa malam (lepas waktu kerja) utk keluar beribadah kepada masyarakat. Kepada muslimah, biarkan muslimin keluar utk berdakwah. Jangan sekat mereka.


@ Bagi muslimat jugak (ni nasihat special Ir tuh)
pastikan pandai repair kereta sikit2, tengok minyak hitam, tukar tayar apa bagai
pandai drive
pandai bayar bil pakai maybank2u suami
 (wahhhh.. terkedu aku semua pun ak tak pandai)
dia kata sebab nak memudahkan sikit kerja suami di kemudian hari. :p


@Yg paling penting dlm berdakwah adalah akhlak yang baik. Klu kita sentiasa tunjuk imej islam sebnar dan berjaya tampilkan ciri doktor yg berfikrah islam, moga shj org yang melihat tertarik kpd islam.

@mengapa perlu terjun ke dalam masyarakat? kerana masyarakat Islam sekarang ramai yang ignorant, buat tak peduli isu Islam. Maka perlulah wujud dan dilahirkan golongan yang peduli cakna hal ummah. Masyarakat semakin kronik dan perlu diubati utk kembali menegakkan Islam!

@Develop skill komunikasi yang bagus dari sekarang! Amat berguna dalam berdakwah dan karier kelak.




Maka bangunlah para dua't! Ayuh siap siaga. Persiapkan mental dan fizikal demi menghadapi masa hadapan.
Harus bina kekuatan dari sekarang. Tak mahu jadi fragile. Ketabahan dan hati yang kuat itu yang saya mahu.
Ya Allah bimbinglah aku.


# ke Mohandisen makan kat restoran beriyani yaHalla :) saya makan bukhari dajaj hehe
   kedai best, harga standard mampulah makan. hehe

# nak buat kek coklat utk rehlah iadah quran di Hadiqah Azhar esok, tapi telur habis, huhu...harap-harap dpt kirim kat sape2 malam nih :(

#skype ngan biha lama gila, wah kena kasi motivation sikit, kasi upgrade..hehe. early planning are important. don't cha think :pp

#exam menjelang. hosh. harus plan lebih awl revision. highlightkan dan solve sebarang tajuk bermasalah!

nak balik summer!

mar d
9.30 malam
side S
sc U berkampung
nak kekkk :3

Thursday, March 22, 2012

Attaba: Membeli Kahraba' ;) Zagaziq: Ber-PSD :)

Assalamualaikum :)


hmm. malas. titik

tadi ke Attaba, beli tsallajah dan sakhan. Balik naik lori, best!
esok berPSD ke Zqzq :)

malam ni tdo Imarah 11.
senang nak gerak ke mahattah jam5 subuh :pp


Semoga selamat semuanya dengan izin Allah. Hmmm
nak skype tapi belum berkesampaian.
Rinduuuuuuuu~~~~~~~


mar d
malam yang letih! hosh
taksabar nak jumpa kak Ji esok. Mood: jejak kasih <3

Wednesday, March 21, 2012

Sedih. Titik.

Assalamualaikum. wbt

sedih. sebab bnyak sebab :(


sedih sebab takde org mampu nak bela saudara2 di syria (Allah kuatkan semangat mereka)
sedih sebab wpun students ramai yang pandai, ramai yang pandai cakap dari membuktikan
sedih sebab esok bakal kesibukan membelah jalan2 di Attaba dan Babul Kholk utk memborong perabot rumah


sedih sebab tiket balik belum ditempah, belum make up mind nak balik bila
sedih sebab baca belog tia dan tiba-tiba rasa nak fly ke Jordan dan jumpa diorang semua
sedih sebab mungkin aku belum cukup pergantungan pada Allah


sedih sebab ada orang tahu dia buat benda yang silap besar tapi still keluarkan kata-kata macam dia betul
sedih sebab walau macam mana pun tetap tak dapat balik ke Malaysia malam ni juga
sedih sebab tak semua lessons yang dah belajar aku hafal dan masyi satu persatu
sedih sebab lusa ber-PSD dan lepas tu terus start kuliah mcm biasa


sedih sebab tak dapat touch up dan make up hati dan perasaan bila diperlukan, argh semua pun luar kawalan
sedih sebab prnah sakitkan hati kawan-kawan tapi tak mintak maaf
sedih sebab jauh dengan semua orang yang dikenali dengan baik dan disayangi selalu erat dalam hati
sedih sebab ada benda kena simpan kejap-kejap dan diamkan


sedih sebab tak masyi Al-Quran
sedih sebab boleh je yakin diri tapi kadang-kadang tak boleh nak tetapkan keyakinan tuh
sedih sebab mungkin sebenarnya saya dah ad jalan yang Allah bagi tapi still tak melangkah ke arah tu.


Allah, Kau lindungilah segala yang aku sayangi
Kau peliharakanlah ibubapaku, keluargaku, guru2ku, teman-temanku, kenalanku, muslimin dan muslimat sekaliannya
Kau berikanlah mereka hidayah petunjuk maghfirah dan kekuatan hati
Kau temukan lah kami di syurgaMu 

Allah, ya Rahman ya Rahim
Kau tunjukkanlah hmba jalan yang benar, jalan yang benar, jalan yang benar
Kau permudahkanlah urusan ku
Kau ampunkanlah dosaku
Kau kuatkanlah hatiku menempuhi masa yang akan datang
tsabatkan hatiku atas jalanMu, tetap mentaatiMu
Golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang beriman.
Kaulah Maha Mendengar doa hamba yang hina ini.
Ameen Ya Rabbal Ala Meen

# orang kata kalau hati tak tenang tu, sebab banyak buat maksiat, banyak fikir hal dunia.
Astaghfirullah. Ampunkan dosaku ya Allah.
~maka ingatlah akan Allah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang :)


#hari-hari banyak je benda yang boleh jejaskan prestasi ibadah dan mood sendiri. tapi kita kenalah yakin pada Allah yakin dengan petunjukNya. Look at the positive side, have a big heart and throw a smile. Somewhere near or far, we shall back on track.
Sentiasa ingat Allah. Harus. Mesti. Semat dalam hati untuk kekuatan sehari-hari :)



mar d
malam yang diam
merencana kepositifan

Monday, March 19, 2012

Demam Itu Ujian ^^

Assalamualaikum. wbt
Alhamdulillah masih mengecap nikmat iman & islam.


Sudah beberapa hari demam, badan panas, runny nose dan kepala pusing.
Tapi harini macam kemuncaknya pulak.
 Pagi-pagi dah buat running man berkejar ke uni, gara-gara menggoreng cucur badak. Pulak tu bangun pun dah terlambat.


Masa praktikal anatomy pulak x dapat tgok dgn jelas. Kepala dah pening-pening. Memang sabar jelah.

Lepas tu pergi surau uni dudk terlepek, tak larat.

Tapi time makan-makan kueh malaysia kat taman uni tetiba bertenaga.... haha. Sebenarnya banyak sangat kuih yang sedap-sedap. Kecur air liur.

Lepas tuh pening balik. Time SC pulak menggigil kesejukan. Harini angin kencang + sejuk gila.
Badan memang rasa panas sejuk panas sejuk. Huhuu.

Time kelas English, masuk-masuk tuh terus letak kepala ats meja. Terus tidur. Sejam kelas ,Sejam tidur.
Penangan demam selesema + ubat selesema yg aku telan pagi-pagi buta.
Lepas sejam tidur rasa baik sikit.

Balik baring. Teringin nak makan sup sayur panas, bangun masak jugak.
Alhamdulillah seronok dapat makan sup sayur. Lega sikit tekak rasa.

Huargh, betul-betul tak larat. Nak sakhonah. Nak mandi. Nak telan ubat dan tidur sahaja.
Demam kat perantauan macam ini lah.

Huhu. Apapun, sakit tu ujian tanda Allah nak dengar kita memohon dan meminta padanya. Tanda Allah masih sayang kan kita. Sakit jugakan penghapus dosa. InsyaAllah :)

Rindu rumah, mak ayah, semua orangggg~~



# Sc tadi best. First time kak Tiqah join SC. Bincang pasal hadis ttg Rasulullah menyuruh kita tinggalkan larangan dan laksanakan perintah Allah. Konklusi: Islam mudah dan memudahkan. Jadi Hamba yang taat pada Allah. Next week pergi makan beriyani kat Mohandisen InsyaAllah! wihuu

# Cucur badak habis. Nmpknya boleh buat lagi :p

# Tatau larat tak nak pergi Zagaziq ber -PSD.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan hati dan kesembuhan :))
peace be upon u. nite!!


mar d
lepas dinner sup sayur :D
masih panas sejuk- panas sejuk :(

Thursday, March 15, 2012

Di Atas Lori Kecil Itu

Assalamualaikum wbt. :)

Wahh, harini sgtlah bermakna. Hehe
Hari meng'cash'kan check elaun..wihuuuuuu!
Makcik kayo :p

Oleh sebab, semua pun dah ber'uang, kitorg decide utk pergi Attaba beli kabinet dapur..wuhuu
A ad meeting so aku T, U dan H pergila Attaba naik metro. Serius smgt kot nak pergi beli sebab nak naik lori..hehe. Cita-cita kalah budak-budak!

#stesen Attaba pergh sesak gila. Masa tukar train kat Sadat pun sama. Huh, salah timing kot petang orang balik kerja.

#Pusing Attaba sambil tanya pakcikmakcik, bang polis, penjual baju kat mana area kedai perabot. Bygkan Attaba tuh punya lah luas, memang lenguh jalan kaki.

# tengok kabinet mahal gilak. Seribu kot satu set. Last-last beli yg kabinet lantai je, xbeli yg dinding. Tapi yang mahal tuh serius cantikk!

# Kabinet + lori+ tukang agkt= 700 LE
wahh, kira berbaloi gak ah.


Ontheway balik naik lori~~
Wahh,memang puas hati lah. Semua arab yang lalu, tegok-tengok then gelak. Wahaha. Malu gak tapi enjoyy.
 Memang best~~ dengan anginnya. Langit pun biru baik punya. Waaah, perjalanan paling best dari Attaba ke Abou Risy.

*sempat snap-snap gambar lagi atas lori, tapi x dpt upload sbb xde USB :(
 U siap bagi idea stadi physio ats lori. Haha, kitorg buku phy pun x bawak :pp


Thanks pakcik perabot! We all love the new cabinet. Gonna fill this house with tons of new furniture later.


Till then, bye~
good nite ^^

mar d
dinner indomie x suka :(

Friday, March 2, 2012

Perkampungan Orang-orang Beku Menjelang Test Histo :O

peace be upon u :)
esok test histology
data show
blood + epithelium



super-sejuk malam nih
oO suhu 8! :O
oO sibuk nak habis studi selaid-selaid histo yg berbaki
oO buat keputusan berkampung dgn H dan U di bilik diorang. Well, lebih kedap dan warm :D
     


# QD harini best. :)

# jiran atas rumah bagi koshary home made yang super sedap dan super lembut dan super masam-kuah-cukup rasa.
   mcm tatau je ahli-ahli rumah ni kaki koshary. lebih-lebih lagi koshary kedai abu nawas / kedai  nil uni.. hoho
   gembiraaaa~ dia siap tawarkan diri nk ajar kitorang bahasa arab. well, still dalam pertimbangan :p

# nasi beriyani kat umah miza best!

# test betul-betul bother ak. so haruslah aku take it seriously don't cha think :pp

# serius harini sejukk gilakkkk

# aku tak pernah-pernah mcm ni awattt???

# terbuktilah test memang bother ak :pp

#harini MAT perubatan.

good night peeps! sleep tight. gonna stay up but not all nite.

mar d
bilik HU
selaid walking
beku